Saturday 1 December 2012

ABM TEKNOLOGI.....


       Untuk tugasan ABM teknologi Pendidikan, saya telah memilih untuk mengajar pelajar untuk mengenal warna dan nombor drngan mudah.... saya telah memilih untuk mengenalkan warna asas dan sistem nombor 1-10 kepada pelajar yang berumur 6-7 tahun.... saya berharap ABM ini dapat membantu perkembangan pembelajaran kanak-kanak.....

       Saya telah memilih untuk membuat model 3D kereta api.... model kereta api ini dapat meberi gambaran yang mudah kepada kanak-kanak untuk mengenal warna dan nombor dengan mudah..... saya telah menggunakan pelbagai warna asas di bahagian gerabak dan meletakkan nombor di atasnya.... nombor yang ditunjukkan adalah sama dengan bilangan gerabak... jadi ini akan memudahkan kanak-kanak untuk belajar... pelbagai warna yang digunakan juga dapat menarik perhatian kanak-kanak dan mereka tidak akan berasa cepat bosan....








Saturday 24 November 2012

Anak-anak Pdk Lembah Pantai....



SENAMAN PAGI DAN AKTIVITI KOLAJ










BAHASA ISYARAT MALAYSIA......


JOM BELAJAR BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)

Okey yer anda semua... Hari ini kita belajar BIM nak??? Kenapa? Sebab nanti senangla kita nak berkomunikasi dengan orang pekak. Kalau kita nak belajar apa pon mestilah belajar dari bawah, betul tak? Sekarang ni kita belajar yang basic dulu dahla yer. Jangan ingat mudah nak belajar ni, boleh terkehel tangan & jari tu nanti, silap2 hari bulan masuk spital la pulak... Sekarang jom kita belajar... layannnn......


HURUF



ANGKA



Okay x kawan2 dgan input saya mengenai bahasa isyarat ini... harap anda semua dapat mempelajari sebagai ilmu tambahan... =)


Thursday 22 November 2012

Rileks jap bersama anak-anak istimewa PDK Lembah Pantai....







                                                                 Comelllll kannnn !!!!!!!

Wednesday 21 November 2012

Bahasa Isyarat Mudah =)


     Pasti korang pernah dengar atau pernah lihat pasangan kekasih atau suami isteri yang kedua-duanya mempunyai masalah pendengaran.. tapi dua-dua bahagia tak macam pasangan normal yang selalu sahaja bergaduh.. walaupun tiada kata atau lafaz cinta yang terungkap.. tapi mereka tahu yang mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.. hohoho intro best.. ala-ala mr bintang gitu.. post ini sebenarnya bertujuan untuk belajar bersama-sama bahasa isyarat mudah yang digunakan oleh mereka yang cacat pendengaran..

    Untuk pengetahuan bahasa isyarat ini diberi nama ASL (America Sign Language) kenapa Amerika? nak belajar Malaysia punya bahasa isyarat? hohoho sama je.. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) juga diambil dari ASL berminat nak belajar? hohoh dalam post ini saya hanya mengajar huruf-huruf sahaja.. mahukan ilmu yang lebih.. sila google :D

                                carta ASL



Thursday 15 November 2012

Jenis Alat Bantuan Pendengaran.....


Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:



oef

         Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)

Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

    - Selesa dan kecil
    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana




dte
Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)

Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
      pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk

    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
      bagi 
mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
      objek kecil
       - Jangka hayat bateri lebih lama




                                                                  ite2

                 Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE)           / In-The-Canal (ITC))

Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
    - Mudah dikendalikan
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
      tahap yang teruk




                                                                       cic

                        Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)

Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
      penampilan

    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
      kualiti bunyi yang lebih semulajadi 
sound quality

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
      dan teruk


Bagaimana Alat Bantu Pendengaran berfungsi????

      Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.
Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.

Wednesday 14 November 2012

Punca Kehilangan Pendengaran.....


Punca berlakunya masalah pendengaran konduktif kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu, faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air yang terperangkap di dalam telinga. Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak.

Masalah pendengaran sensorineural adalah melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan sangat teruk ( profound ) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah yang mengandungi alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidornide ( mengelak alahan ) adalah membahayakan.



Sunday 11 November 2012

Kategori Kehilangan Pendengaran......


Terdapat tiga kategori kehilangan pendengaran iaitu konduktif, sensori neural dan campuran. Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi tidak sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana halangan atau kerosakan pada laluan ini. Namun begitu bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan dapat menghantar dan memprose bunyi melalui safar pendengaran ke otak. Kehilangan pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.

Masalah kehilangan pendengaran sensori neural pula disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan salur pendengaran  iaitu koklea. Selain itu, kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan sangat teruk ( profound ) kerana individu yang mengalami masalah pendengaran ini tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara langsung dan hanya mandengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti mercun.

Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensori neural. Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga tengah beserta masalah kehilangan pendengaran dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran campuran yang berlaku dalam kedua-dua ujian ( bone dan air conduction ). Pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui idara tetapi kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.

Wednesday 7 November 2012

MASALAH PENDENGARAN???????


                                                               DEFINISI

Monday 5 November 2012

Definisi Pendidikan Khas

Hai... berjumpa lagi kita.... moge ceria-ceria selalu... hari ini saya akan berkongsi mengenai definisi pendidikan khas.... masyarakt sebenarnye telah memandang serong terhadap konsep pendidikan khas ini.... jadi hari ini saya akan berkongsikan definisi yang sebenar supaya orang di luar sana dapat memahami konsep ini.....

Definisi :

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebgai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan roduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan..

Visi Pendidikan Khas :

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi Pendidikan Khas :

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Sunday 4 November 2012

Renungan..............

Apa khabar semua..... harap sihat2 selalu..... saya akan berbicara soal anak-anak khas kali ini.... setiap insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri....terutamanya anak-anak khas ini... mereka tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.... saya mempunyai 2 orang sepupu yang mempunyai masalah sindrom down.... mereka sangat comel dan bermacam kerenah.... tidak jemu saya melayan mereka... anak-anak khas ini sangat rajin apabila disuruh melakukan sesuatu... tetapi kita tidak boleh menyuruh mereka melakukan di luar kemampuan mereka... kita juga tidak boleh berkasar dengan mereka... hari-hari saya terhibur dengan mereka... walaupun hanya 2 orang tapi kepelbagaian tingkah laku mereka sangat menghiburkan... berkawan dengan mereka sebenarnya sangat menenangkan kerana mereka tidak pandai menipu, lurus dan jujur... mereka adalah anak-anak yang paling istimewa..... melihat kerenah mereka membuat saya sentiasa muhasabah diri... betapa saya yang sempurna ini lebih baik berbanding dengan mereka... tetapi kadang-kadang cemburu kerana mereka tiada masalah yg perlu difikirkan.... hmmmmm.... akhirnye, saya bangga dengan rakan-rakan dan senior saya yang mengajar dan mendidik mereka saban hari.... mereka dikurniakan oleh Allah kekuatan dan kesabaran... saya berharap suatu hari nanti saya juga akan dikurniakan kekuatan serta ketabahan seperti mereka.... insya'allah......