Sunday, 11 November 2012

Kategori Kehilangan Pendengaran......


Terdapat tiga kategori kehilangan pendengaran iaitu konduktif, sensori neural dan campuran. Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi tidak sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana halangan atau kerosakan pada laluan ini. Namun begitu bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan dapat menghantar dan memprose bunyi melalui safar pendengaran ke otak. Kehilangan pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.

Masalah kehilangan pendengaran sensori neural pula disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan salur pendengaran  iaitu koklea. Selain itu, kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan sangat teruk ( profound ) kerana individu yang mengalami masalah pendengaran ini tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara langsung dan hanya mandengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti mercun.

Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensori neural. Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga tengah beserta masalah kehilangan pendengaran dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran campuran yang berlaku dalam kedua-dua ujian ( bone dan air conduction ). Pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui idara tetapi kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment