Punca
berlakunya masalah pendengaran konduktif kerana halangan di dalam saluran
telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing.
Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga
disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan
benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu, faktor jangkitan turut
mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap
lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa
dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang
dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan
air yang terperangkap di dalam telinga. Otitis Media pula disebabkan oleh salur
eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan
jangkitan dihidung dan tekak.
Masalah
pendengaran sensorineural adalah melibatkan koklea atau saraf yang menjadi
laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan
sangat teruk ( profound ) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan
langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun.
Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku di dalam kandungan atas
sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu
yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah
yang mengandungi alkohol, aspirin, cortisone,
quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill
Thallidornide ( mengelak alahan ) adalah membahayakan.
No comments:
Post a Comment