DEFINISI
American National Standards Institute
mantakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk
mengesan suatu bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai
audiometric decibel sifar ( 0 dB ) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk
kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai syarat suatu frekuensi seperti 500
Hz, 1000 Hz da sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai
pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah antara 0
dan 15 ke 20 dB tahap masalah pendengaran ( Db HL ) ( Grundfast et al.,2000 ).
Masalah pendengaran merupakan sesuatu
kacacatan saraf yang paling kerap berlaku dalam suatu populasi manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia( WHO ) menganggarkan hamper 250 juta penduduk
dunia mengalami masalah pendengaran ( World Health Organization, 1999 ). Asmah
Haji Omar ( 1984 ), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan
kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak
dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati
pemikiran dan budaya melalui bahasa.
ANATOMI TELINGA
No comments:
Post a Comment