KEUNIKAN SEKITAR MASJID & DECTAR UKM
~~Mereka adalah insan teristimewa yang tidak patut dipandang hina..... sayangilah mereka dengan sepenuh jiwa & raga...~~
Wednesday, 28 November 2012
Saturday, 24 November 2012
BAHASA ISYARAT MALAYSIA......
JOM BELAJAR BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)
Okey yer anda semua... Hari ini kita belajar BIM nak??? Kenapa? Sebab nanti senangla kita nak berkomunikasi dengan orang pekak. Kalau kita nak belajar apa pon mestilah belajar dari bawah, betul tak? Sekarang ni kita belajar yang basic dulu dahla yer. Jangan ingat mudah nak belajar ni, boleh terkehel tangan & jari tu nanti, silap2 hari bulan masuk spital la pulak... Sekarang jom kita belajar... layannnn......
HURUF
ANGKA
Okay x kawan2 dgan input saya mengenai bahasa isyarat ini... harap anda semua dapat mempelajari sebagai ilmu tambahan... =)
Thursday, 22 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
Bahasa Isyarat Mudah =)
Pasti korang pernah dengar atau pernah lihat pasangan kekasih atau suami isteri yang kedua-duanya mempunyai masalah pendengaran.. tapi dua-dua bahagia tak macam pasangan normal yang selalu sahaja bergaduh.. walaupun tiada kata atau lafaz cinta yang terungkap.. tapi mereka tahu yang mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.. hohoho intro best.. ala-ala mr bintang gitu.. post ini sebenarnya bertujuan untuk belajar bersama-sama bahasa isyarat mudah yang digunakan oleh mereka yang cacat pendengaran..
Untuk pengetahuan bahasa isyarat ini diberi nama ASL (America Sign Language) kenapa Amerika? nak belajar Malaysia punya bahasa isyarat? hohoho sama je.. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) juga diambil dari ASL berminat nak belajar? hohoh dalam post ini saya hanya mengajar huruf-huruf sahaja.. mahukan ilmu yang lebih.. sila google
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 15 November 2012
Jenis Alat Bantuan Pendengaran.....
Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:
Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)
- Selesa dan kecil
- Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
- Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana
Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.
- amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk
- Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
objek kecil - Jangka hayat bateri lebih lama
Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC))
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga
- Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
memastikan prestasi yang optimum
- Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
- Mudah dikendalikan
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
tahap yang teruk
Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)
Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.
- Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
penampilan
- Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
dan teruk
Bagaimana Alat Bantu Pendengaran berfungsi????
Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.
Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.
|
Wednesday, 14 November 2012
Punca Kehilangan Pendengaran.....
Punca
berlakunya masalah pendengaran konduktif kerana halangan di dalam saluran
telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing.
Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga
disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan
benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu, faktor jangkitan turut
mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap
lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa
dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang
dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan
air yang terperangkap di dalam telinga. Otitis Media pula disebabkan oleh salur
eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan
jangkitan dihidung dan tekak.
Masalah
pendengaran sensorineural adalah melibatkan koklea atau saraf yang menjadi
laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan
sangat teruk ( profound ) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan
langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun.
Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku di dalam kandungan atas
sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu
yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah
yang mengandungi alkohol, aspirin, cortisone,
quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill
Thallidornide ( mengelak alahan ) adalah membahayakan.
Sunday, 11 November 2012
Kategori Kehilangan Pendengaran......
Terdapat tiga kategori kehilangan
pendengaran iaitu konduktif, sensori neural dan campuran. Bagi kategori
kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi tidak
sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari
telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana halangan atau kerosakan
pada laluan ini. Namun begitu bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi
dengan baik dan dapat menghantar dan memprose bunyi melalui safar pendengaran
ke otak. Kehilangan pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan
pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi
pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.
Masalah kehilangan pendengaran sensori
neural pula disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf
pendengaran ke otak. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Kehilangan
pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan
salur pendengaran iaitu koklea. Selain
itu, kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk ( severe ) dan sangat teruk
( profound ) kerana individu yang mengalami masalah pendengaran ini tidak boleh
mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara langsung dan hanya mandengar
bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti mercun.
Masalah pendengaran campuran berlaku
apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah
pendengaran konduktif dan sensori neural. Kehilangan pendengaran yang berlaku
akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga tengah beserta masalah
kehilangan pendengaran dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran
campuran yang berlaku dalam kedua-dua ujian ( bone dan air conduction ).
Pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui idara tetapi
kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.
Wednesday, 7 November 2012
Monday, 5 November 2012
Definisi Pendidikan Khas
Hai... berjumpa lagi kita.... moge ceria-ceria selalu... hari ini saya akan berkongsi mengenai definisi pendidikan khas.... masyarakt sebenarnye telah memandang serong terhadap konsep pendidikan khas ini.... jadi hari ini saya akan berkongsikan definisi yang sebenar supaya orang di luar sana dapat memahami konsep ini.....
Definisi :
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebgai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan roduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
Visi Pendidikan Khas :
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas :
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Definisi :
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebgai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan roduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
Visi Pendidikan Khas :
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas :
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Sunday, 4 November 2012
Renungan..............
Apa khabar semua..... harap sihat2 selalu..... saya akan berbicara soal anak-anak khas kali ini.... setiap insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri....terutamanya anak-anak khas ini... mereka tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.... saya mempunyai 2 orang sepupu yang mempunyai masalah sindrom down.... mereka sangat comel dan bermacam kerenah.... tidak jemu saya melayan mereka... anak-anak khas ini sangat rajin apabila disuruh melakukan sesuatu... tetapi kita tidak boleh menyuruh mereka melakukan di luar kemampuan mereka... kita juga tidak boleh berkasar dengan mereka... hari-hari saya terhibur dengan mereka... walaupun hanya 2 orang tapi kepelbagaian tingkah laku mereka sangat menghiburkan... berkawan dengan mereka sebenarnya sangat menenangkan kerana mereka tidak pandai menipu, lurus dan jujur... mereka adalah anak-anak yang paling istimewa..... melihat kerenah mereka membuat saya sentiasa muhasabah diri... betapa saya yang sempurna ini lebih baik berbanding dengan mereka... tetapi kadang-kadang cemburu kerana mereka tiada masalah yg perlu difikirkan.... hmmmmm.... akhirnye, saya bangga dengan rakan-rakan dan senior saya yang mengajar dan mendidik mereka saban hari.... mereka dikurniakan oleh Allah kekuatan dan kesabaran... saya berharap suatu hari nanti saya juga akan dikurniakan kekuatan serta ketabahan seperti mereka.... insya'allah......
Subscribe to:
Posts (Atom)